Pages

Tuesday, 17 June 2014

Puding Roti kukus bersos kastard

Assalammualaikum semua..

Semenjak dua menjak ni, asyik nak makan manis aje,kencing manis nanti,,hihi,,
Kebetulan ada roti lebih kat rumah so dah decide nak buat puding roti dengan sos kastard sekali,, mesej encik husband minta tlg beli tepung kastard dan fresh milk..
Ingat nak buat malam,sekali mood malas datang so tengah hari esok nya baru buat..mudah je buat puding ni,kat bawah resepi ni yer kawan2., ni cara sy buat,,

Resepi

9 - 12 keping roti (roti di potong 6 atau 8 selepas disapu planta @ butter,sapu depan belakang)
4 biji telur
6@7 sb gula
asen vanila ikut suka hati
1 tin susu cair
sedikit kismis tuk hiasan

Cara2...
 
Selepas roti disapu planta dan di potong,susun dlm bekas,aku guna tipuware je sebab senang letak dalam peti ais terus..lps tu ketepikn..
Dalam bekas lain,masukkan telur,gula n asen vanila,pukul hingga kembang,lepas tu baru masuk susu cair,dah siap,terus tuang dalam bekas roti,tekan-tekan sikit bagi tenggelam roti,letak kismis sebagai hiasan,kukus dlm 35 minit...

sementara tunggu puding masak, boleh la buat kuah pulak

resepi kuah kastard
1 kotak kecil susu fresh milk
susu cair ikut suka
1 1/2 sb tepung kastard
4 sb gula
asen vanila

letak semua dalam periuk,kacau sampai likat kuah kastard,sejuk kn,dah sejuk letak dalam peti ais ..

Dah siap kukus,sejuk kn bawah kipas,lps tu masuk dlm peti ais juga, puding ni sedap makan sejuk.,

Saturday, 14 June 2014

Anniversary ke 6

assalammualaikum semua,,

Alhamdulillah,,Dah 6 tahun kami berkahwin,dikurniakan 2 boboi,, hihi,,, Segala p'caturan Allah adalah yang terbaik.. so kami just celebrate dekat restoran Arab Azzahra di Meru ,, kami makan nasi mandy kambing, mula nya aku order nasi mandy ayam tapi ayam habis sebab aku teringin sangat nak makan nasi arab jadi aku cuba je la makan nasi mandy kambing,bila dah makan,memang tak menyesal,sangat sedap,tekak aku makan apa pun sedap,,hihihi,, Air pulak, aku order fresh oren n mangga lassi,mangga lassi mmg rasa maveles,lemak2 mangga,anak2 kami suap je sebab depa bukan makan banyak,,hihi,, bukan kedekut tapi tak nak m'bazir,, :-P

Pasal harga kat restoran ni memang murah dan tak mahal, so jom kite layan gambar yg aku sempat snap,, sebelum tu, sesiapa yang teringin nak makan nasi arab ni dengan harga yg berpatutan boleh ke alamat Restoran Nasi Arab Azzahra berada di 

13, Medan Meru Raya, Jalan Medan

Meru Raya, Bandar Meru Raya, 30020

Ipoh, Perak. Senang cerita, dari lampu

isyarat Mydin Meru Raya, pergi ke

Kompleks KDN. Sebelum bulatan ambil

simpang ke kiri, restoran ini terletak di

bangunan bertentangan JPAM.

Tahu pasal restoran ni pun sebab ada tengok  kat satu blog ni tapi tak ingat nama blog, address tu pun copy dari blog tu, minta maaf yer tuan punye blog,,hihi

Sunday, 1 June 2014

Lama menyepi

Assalammualaikum

Dah lama tak update blog ni,, sbb tak ada mood,lagipun kekangan masa yang tidak mengizinkan, anak kecik tu pun dh besar,skg dh 1 tahun 5 bulan,,cepat masa berlalu,, sakit bersalin ke dia pun masih terasa,,, Anak yg sulung pun dh sekolah,masuk pra sekolah,, Cepat diaorg m'besar,bila tengok anak2,hati ni rs tenang je,kalau tak gugur,msti skg dh sarat kan,,hihi,,tp setiap aturan yg Allah tetapkan pasti ade hikmah,Allah maha mengetahui, anak2 yg ada skg pun dh cukup lengkap dan m' bahagiakan,, ok cukup ckp pasal anak.

So lps ni ingt nk tulis pasal organizing home je,, sbb mmg minat susun atur ni,, bile wat blog walking,seronok tgk diorg susun atur n byk beri idea jugk kt aku la,,ok la,x dak idea dh nk tulis ape,kite jumpe next entri,, adios,, :-D