Assalammualaikum semua..
Semenjak dua menjak ni, asyik nak makan manis aje,kencing manis nanti,,hihi,,
Kebetulan ada roti lebih kat rumah so dah decide nak buat puding roti dengan sos kastard sekali,, mesej encik husband minta tlg beli tepung kastard dan fresh milk..
Ingat nak buat malam,sekali mood malas datang so tengah hari esok nya baru buat..mudah je buat puding ni,kat bawah resepi ni yer kawan2., ni cara sy buat,,
Resepi
9 - 12 keping roti (roti di potong 6 atau 8 selepas disapu planta @ butter,sapu depan belakang)
4 biji telur
6@7 sb gula
asen vanila ikut suka hati
1 tin susu cair
sedikit kismis tuk hiasan
Cara2...
Selepas roti disapu planta dan di potong,susun dlm bekas,aku guna tipuware je sebab senang letak dalam peti ais terus..lps tu ketepikn..
Dalam bekas lain,masukkan telur,gula n asen vanila,pukul hingga kembang,lepas tu baru masuk susu cair,dah siap,terus tuang dalam bekas roti,tekan-tekan sikit bagi tenggelam roti,letak kismis sebagai hiasan,kukus dlm 35 minit...
sementara tunggu puding masak, boleh la buat kuah pulak
resepi kuah kastard
1 kotak kecil susu fresh milk
susu cair ikut suka
1 1/2 sb tepung kastard
4 sb gula
asen vanila
letak semua dalam periuk,kacau sampai likat kuah kastard,sejuk kn,dah sejuk letak dalam peti ais ..
Dah siap kukus,sejuk kn bawah kipas,lps tu masuk dlm peti ais juga, puding ni sedap makan sejuk.,